Thursday, September 26, 2013

Kesedaran

Semakin aku hampir dengan masyarakat, semakin banyak yang aku faham. Setiap hari bersama mereka, begitu banyak keperitan dan penderitaan mereka yang terluah. Penceraian sini sana, perlakuan sumbang sana sini. Kadangkala aku terfikir, apa punca semua ni berlaku?. Semakin banyak kisah sedih dan ngeri yang aku dengar, menjadikan aku seakan takut untuk menghadapi realiti hidup akan datang.

Sayu melihat kanak2 seusia itu, sudah mula hilang pedoman, melakukan apa saja tanpa memikirkan dosa. Adakah salah mereka? Salah pencorak kain mereka? Semua ini akan berubah sekiranya ada secebis iman dalam diri mereka.

Semoga semua ini akan berubah. Tak sanggup rasanya nak hidup dalam masyarakat sebegini. Sedih !

Sunday, September 22, 2013

Sayu

Hati ini sayu
Melihat bangsa terus layu
Diulit lena panjang
Dikaburi emas dunia

Aku hairan
Melihat mereka bergelak tawa
Tiada hala tuju
Berpesta dengan cinta

Adakah ini bangsaku?
Bangsa yang sudah kehilangan cerminnya
Tergoda pesona dunia
Tiada hormat di dada

Inikah bangsaku?

Friday, September 13, 2013

TunaDunia

Dunia ini aku punya
Dunia ini sudah lama
Dunia ini seribu rahsia
Dunia ini hanya aku ada

Dunia ini penuh kasih sayang
Dunia ini ramai yang senang
Dunia ini banyak simpang
Dunia ini semakin hilang

Duniaku duniamu
Tampak berbeza
Namun jalannya sama

Sama.